Thursday, January 3, 2008
TIGA BELAS AURAT WANITA
- Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
- Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
- Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang -
Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
- Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
- Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
- Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
- Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
- Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
- Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
- Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
- Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
- Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
- Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Wallahua'lam Bissawaaab...
ihsan dari...
BIRO AGAMA & KEBAJIKAN
KELAB REKREASI TOURISM MALAYSIA
AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... Sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
Wallahua'lam Bissawaab...
Doa melembutkan hati suami...
"Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.
Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)
Selain daripada itu amalkan doa ini:
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
Doa Lembut Hati
Assalammualaikum wbk.
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.
Dengan izin moderator budiman. Berikut saya sisipkan doa melembutkan hati anak yang keras (degil), doa penyayang dan juga doa pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati.
(1) Melembutkan hati anak yang degil dan keras
Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan
surah Taa'haa
[1] Taa' Haa
[2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
[3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah
[4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
[5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy
[6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi
surah Al-Hajj
(2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)
(3) Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati
Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 & 129 semasa
berjumpa atau bertentang mata


[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman
[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"
Wallahua'lam Bissawaaab...
Amalan Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri...

Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.
(2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4

Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku." (Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)
(3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK,
AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."(4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI
SESEORANG IAITU SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU
MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA.
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada
air minuman dan ketika membasuh beras. (Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal dari segi hukum Allah).
(Dipetik dari Majalah NUR Julai 2003)
Rahsia Mandi...
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandian Air Sejuk
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi penghidap lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Tidak ada apa yg dpt tolong kita diakhirat nnti melainkan 3 perkara :
1) Anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya
2) Sedekah amal jariah
3) Ilmu yg bermanfaat
Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dgn amal mulia kita ini,
InsyaAllah
Untuk renungan kita bersama...
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.
Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?
Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya,
Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.
Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa. Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.
Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. Dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan... dan menyedihkan.
Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.
Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"
Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?" "Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.
Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.
Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.
Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.
Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.
Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.
Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.
Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.
Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya.
Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.
Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik... plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam.
Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.
Sampai saja ke kuburnya, berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini.
Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.
Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang...
Kami pun benamkan jenazah tadi, sendal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. Selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin... bukan menuduh.
PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang. Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.
KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.
KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.
Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.
Wallahua'lam Bissawaaab...
Thursday, December 6, 2007
JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik .
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya pernah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
Ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
Ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita



