Monday, October 13, 2008

CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI ...

1. Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai seorang isteri terutamanya terhadap suami.

2. Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata.

3. Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan. Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan dosa.

4. Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami. Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tunjuk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar tidak berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah kehidupan keluarga.

5. Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam layanan, sikap, percakapan dan ketaatan.

6. Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami. Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan hati, menenangkan perasaan dan menambahkan kemesraan.

7. Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang membebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh mengeruhkan hubungan. Kalau keterlaluan mendesak, suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.

8. Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam apa aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan, boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak perancangan keluarga.

9. Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah bersama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh rahmat dan berkat dari Tuhan dan mengeratkan lagi hubungan hati.

10. Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu di rumah lebih-lebih lagi di luar rumah.

11.Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendaklah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa hal dan aspek, tidak pula dituntut sebagai wajib, namun di situlah ruang dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak banyak darjat taqwa di sisi Tuhan. Seorang hamba itu hanya dapat mendekatkan diri dengan Tuhan melalui saluran yang bukan perkara fardhu atau wajib, melainkan dalam perkara-perkara lain yang dibuat sebagai usaha mencari bekalan taqwa.

12. Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul sebarang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan bersama. Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibincangkan. Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan begini kurang berkesan untuk mengatasi masalah.

13.Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri.

14. Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding kesilapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazimnya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadang-kadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan kesalahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya.

15. Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga lemah semangat kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula menerima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Rasulullah SAW dan memberi semangat serta perangsang dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah SAW.

16. Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan sepenuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakan suami serta tanda merendah diri kepada suami.

17. Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedahkan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan sendiri.

18. Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan mengutamakan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.

CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI...

1.Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak-anak serta orang-orang yang di bawah jagaannya termasuk ibu bapa yang sudah tua dan orang gaji sekiranya ada. Tanggungjawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi. Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab. Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah kerana takutkan Tuhan.

2. Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak-anak.

3. Menyediakan nafkah lahir seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri dan anak-anak. Pemberian nafkah lahiriah ini tidak termasuk barang mewah (luxury)yang tidak boleh dituntut atau dipaksakan kepada suami terutamanya dalam keadaan tidak mampu. Namun dalam nafkah yang asasi itu sekiranya suami cuai boleh dituntut. Begitupun kalau ada tolak ansur adalah lebih baik dan lebih utama.

4. Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak-anak. Selaku ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkan sikap kasih sayang dan prihatin. Kalau dalam sebuah institusi kecil rumahtangga, ketua keluarga tidak memberi kasih sayang, di mana pula anggota keluarga itu hendak mengadu dan bersandar. Lebih-lebih lagi suami selaku pendidik, pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan sabar.

5. Sekiranya isteri atau anak-anak membuat salah, hendaklah diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak suka berbuat salah. Kalau terjadi juga kenalah ayah atau suami memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka membuat salah itu kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, terlupa, dorongan perasaan dan nafsu.

6. Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat jarang tetapi bukan tiada langsung di kalangan wanita yang kuat jiwa dan akal, melainkan mereka lebih didorong oleh perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah, merungut, mendongkol, merajuk, membebel. Ini semua adalah bentuk-bentuk luahan perasaan mereka. Lebih-lebih lagi bagi isteri sepenuh masa yang menjalani rutin kehidupan yang sama setiap hari. Situasi mereka itulah yang memerlukan suami bertimbang rasa.

7. Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkannya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan turut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri. Akibatnya akan bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kesedihan isteri. Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyak boleh menjejaskan urusan rumahtangga. Suami perlu menghiburkan isteri dengan berbagai cara, umpamanya bawa berjalan-jalan, makan angin, ziarah kawan dan lain-lain.

8. Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya dalam urusan rumahtangga, karier kerja, anak-anak, perlu mendapat kerjasama yang baik dari suami. Jangan dibebankan sepenuhnya kepada isteri. Secara automatik berlakulah perkongsian dalam kehidupan berumahtangga.

9. Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata memberi perhatian atau memberi perasaan terhadap wanita lain. Di antara hikmah larangan ini ialah supaya hati suami tertumpah kepada isterinya sahaja. Sekaligus suami tidak membanding-bandingkan wajah isteri dan perangai isteri sendiri dengan wanita lain. Isteri itu adalah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan semenjak azali lagi, terimalah seadanya.

10. Berbincang bersama. Sama ada dalam soal masalah atau perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya terjamin memperolehi penyelesaian yang tepat dan memuaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-sama dapat menerimanya.

11.Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedahkan kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat pengaduan sekalipun kena juga dibatasi, sekadar memahamkan hakim atau orang tengah. Tidak sampai mencemarkan maruah isteri.

12. Sentiasa merendah diri kepada isteri, atau dengan istilah lain sebagai tawadhuk. Merendah diri bukan bererti meletakkan diri hingga boleh dihina oleh isteri. Tawadhuk ertinya tidak ego, sombong dan merasa diri segala-galanya. Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna dalam segala hal. Sebab itu perlu tawadhuk kepada isteri kerana dalam banyak aspek, seorang suami memerlukan isteri dan banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan bersabar seperti yang dilakukan oleh isteri. Tawadhuk juga bermaksud berlapang dada serta boleh bahkan bersedia menerima teguran, nasihat dan ingatan dari isteri.

13. Suami perlu bertolak ansur dengan isteri. Suatu ketika seorang rakyat Sayidina Umar hendak mengadu sesuatu masalah tentang isterinya kepada Sayidina Umar. Ketika berdiri di halaman rumah, dia terdengar kata-kata rungutan dari isteri Sayidina Umar sedang Sayidina Umar sendiri hanya senyap berdiam diri. Lantas rakyat itu pulang saja dan berkata seorang diri, "Sedangkan Sayidina Umar sebagai khalifah pun isterinya merungut." Keesokan hari, dia bertanya kepada Sayidina Umar mengapa mendiamkan diri sahaja. Sayidina Umar menjawab, "Aku sangat bertimbang rasa kepada isteriku kerana dia berkhidmat untuk aku, menjaga rumahtangga aku, menjaga makan minum dan pakaian aku, dan dia menjaga anak-anak aku."

14. Suami sentiasa kasih kepada isteri. Fitrah semula jadi manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian dan orang yang berjasa. Contohnya ibu bapa mengasihi anak-anak dan sebaliknya. Antara keduanya ada pertalian. Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemimpinnya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah sebaliknya. Suami dituntut supaya sentiasa mengasihi isteri atas dua sebab tersebut sekaligus. Iaitu ada pertalian yang Tuhan lakukan melalui pernikahan yang sah, serta atas sebab jasa. Dalam hidup seorang suami, isteri adalah orang yang amat berjasa. Jasa isteri itu mewajarkan seorang suami mengasihi isteri. Inilah satu bentuk mengenang jasa seorang isteri.

15. Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam kehidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segala-galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa sahaja yang mereka mahu, mereka mampu memikirkannya. Namun sebenarnya mereka tidak boleh menafikan fitrah semula jadi iaitu mereka perlukan suami tempat berlindung, mengadu, berkongsi perasaan, tampat merintih dan tempat memperolehi dan menumpahkan kasih sayang. Ketiadaan suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap dirasainya terutama perasaan. Ini adalah fitrah semula jadi. Menyedari dan memahami hakikat inilah maka suami perlu sentiasa belas kasihan kepada isteri. Mereka adalah golongan yang perlukan perlindungan, maka lindungilah mereka dengan penuh belas kasihan.

16. Sebagai menyempurnakan wibawa sebagai suami maka suami hendaklah mampu menjadi imam sembahyang jemaah dalam keluarga. Dan perlu berkumpul bersama dan sembahyang berjemaah bersama.

17. Biarpun peranan ini diletakkan sebagai yang terakhir, namun inilah yang paling penting. Iaitu suami perlu memperlihatkan dirinya orang yang sangat membesarkan Tuhan, mengutamakan Tuhan, bercita-cita dan bermatlamatkan Tuhan. Ini mestilah diperlihatkan di dalam setiap aspek kehidupan. Jelas memperlihatkan dirinya hidup bersama Tuhan.


Waalahua'alam Bissawaaab...


Best Regards,
~ Hijau_Boy ~

Sunday, August 24, 2008

Kelebihan sedekah....

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas


Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa...


Solat benteng perbuatan maksiat...

Solat liwa waktu bukan sekadar salah satu daripada rukun Islam.


SOLAT merupakan ibadah agung yang menjadi satu amalan wajib kepada semua Muslim. Ia adalah ibadah unggul yang merupakan asas penting yang terkandung dalam rukun Islam.

Firman Allah: 'Dan dirikan solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu (terutamanya solat) akan menghapuskan dosa. Perintah Allah s.w.t yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.' - surah Hud:114.

Sabda Rasulullah: 'Islam dibina atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadan.' - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Sifat seorang mukmin yang cemerlang dikaitkan dengan amalan sifat-sifat yang mulia berhubungan dengan sifat khusyuk dalam melaksanakan solat.

Amalan solat yang sempurna boleh menyuci dan memberi ketenangan jiwa. Dalam satu riwayat hadis daripada Abi Uthman, katanya, ketika dia bersama Salman al-Farisi di bawah sepohon pokok, beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut. Lalu Salman menggerak-gerakkan dahan itu sehingga daun-daun pada dahan itu gugur.

Kemudian dia berkata kepadaku: 'Wahai Abu Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?' Saya bertanya, 'Beritahulah kenapa kamu berbuat begitu?'

Beliau menjawab: 'Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah di hadapan saya semasa saya bersama baginda di bawah sepohon pokok. Baginda telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur.

Kemudian Baginda bertanya kepada saya: 'Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini? Sahutku: 'Beritahuku mengapa tuan berbuat begitu?'

Baginda bersabda: 'Sesungguhnya apabila seseorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solat lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini'.

Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran dalam surah Hud ayat 11, Hadis Ahmad dan Tabrani.

Amalan solat merupakan kemuncak kepada kepercayaan terhadap akidah dan yang menjadi matlamat dalam kehidupan. Percaya dan yakin kepada Allah bukan sahaja dengan kata-kata tetapi perlu diikuti dengan perbuatan yang ikhlas.

Kepercayaan yang mantap akan mendidik jiwa raga agar sentiasa mengambil berat terhadap amalan dan perintah solat yang wajib. Dalam solat, banyak ungkapan ikrar dilafazkan. Antaranya seperti yang terkandung dalam iftitah dan tahiyyat.

Contohnya: 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah sekalian alam', 'Dan adalahku daripada golongan yang menyerah dan taat kepada Allah'. Ikrar ini akan diulang setiap kali ketika menunaikan solat agar akidah sentiasa mantap.

Amalan solat juga mengandungi bacaan berupa doa. Ini didapati dalam surah al-Fatihah, dalam bacaan ketika sujud dan dalam bacaan Qunut. Contohnya: 'Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan Engkau murka dan bukan jalan orang sesat. Perkenankanlah.'

Dalam solat juga terdapat zikir. Yang bermaksud lafaz lisan yang mengandungi pujian, sanjungan, merendah diri dan doa. Firman Allah s.w.t: 'Dan ingatilah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara yang keras, di waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau termasuk sebahagian daripada orang-orang yang lalai. Solat mendidik hati dan mensucikan jiwa.

Solat yang sempurna dan khusyuk memberi kesan yang mendalam kepada seseorang. Hati dan jiwa yang resah gelisah menjadi tenang, tingkah laku buruk boleh dirawat dan menjadi benteng kepada melakukan perbuatan maksiat dan dosa.

Diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya: 'Apabila Rasulullah mengalami sesuatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat.' - hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud. Pintu taubat juga terbuka luas melalui amalan solat.

Seseorang yang menghayati amalan solat akan berasa menyesal dan serba salah apabila meninggalkan solat. Tegas Rasulullah dalam sabdanya: 'Daripada Abu Hurairah r.a, saya mendengar Rasululah bersabda: 'Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu lima kali sehari, pada pendapat kamu, masih adakah lagi kekotoran (pada badanya)?'

Para sahabat menjawab, 'Tidak akan tertinggal sedikit pun kekotoran'. Rasulullah bersabda: 'Maka demikianlah juga solat lima waktu. Melalui solat Allah akan mengampunkan dosa.' - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Sumber : Utusan Kosmo : FAMILI


Benarkah wanita sensitif, lelaki ego?


LELAKI dan wanita sebenarnya saling melengkapi.



LELAKI antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.

Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

n Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

n Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

n Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

n Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

n Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

n Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara. - NOOR HASLIZA NUSI

Sumber: Utusan KOSMO : FAMILI

Kelebihan Solat Tarawih...


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Sumber : Darulnuman

Ibadah Puasa...

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."



PENGERTIAN PUASA















  • Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
  • PUASA WAJIB

  • Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
  • PUASA SUNAT

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa hari Arafah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa bulan Syaaban
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
  • PUASA MAKRUH

  • Puasa yang terus menerus sepanjang masa
  • Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
  • PUASA HARAM

  • Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
  • Puasa pada hari raya pertama Haji
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
  • SYARAT WAJIB PUASA

  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
  • SYARAT SAH PUASA

  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
  • RUKUN PUASA

  • Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
  • PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
  • ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.


  • PANDUAN KESIHATAN DI BULAN RAMADAN ...

    Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

    Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi semua umat Islam yang berkuasa tanpa mengira lelaki, perempuan, tua ataupun muda sebagai menyempurnakan rukun Islam yang ketiga. Di samping menunaikan ibadat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan harapan ganjaran yang dijanjikan, melalui puasa individu muslim itu akan mendapat kekuatan spiritual dan latihan disiplin diri terhadap tuntutan nafsu.

    Meskipun setiap orang berkewajipan menunaikan puasa dan janji-janji lipatan pahala Allah adalah besar, namun Islam memberi kelonggaran bagi orang-orang yang tidak mampu mengerjakannya. Di dalam ayat 184, surah al-Baqarah, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman: “sesiapa daripada kamu yang sakit ataupun dalam perjalanan (musafir), bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang dibuka pada hari yang lain.”

    Ayat di atas merupakan nas yang jelas tentang kekecualian yang diberikan terhadap orang-orang tertentu seperti para musafir dan orang sakit. Kekecualian seperti ini tidak harus digunakan bagi kepentingan peribadi dan duniawi. Bahkan mereka yang berupaya wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan cara berpuasa pada hari yang lain. Hanya bagi yang tidak berupaya langsung dibenarkan membayar fidyah.

    Artikel ini sekadar membicarakan beberapa isu berkaitan masalah kesihatan dan penjagaannya dalam mengharungi bulan puasa agar kita dapat menyempurnakan ibadat yang mulia ini dengan baik. Terlebih dahulu ada baiknya kita bicarakan beberapa perkara berkaitan dengan rawatan, khususnya dalam perubatan moden.

    Bagi penyakit akut, yang kadang-kadang datang dengan tiba-tiba dan memerlukan pengambilan ubat-ubatan secara oral, wajarlah pesakit mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsi. Pesakit harus berbuka puasa sekiranya dengan berpuasa ia boleh menimbulkan komplikasi yang tidak diingini. Di antara penyakit-penyakit akut yang dimaksudkan ialah demam, batuk, sakit kepala, sakit perut dan seumpamanya.

    Bagaimanapun, adalah baik sekali seandainya doktor perubatan boleh mengatur waktu supaya pesakit boleh terus berpuasa dan mengambil ubat di waktu berbuka atau sebelum imsak. Tetapi janganlah dengan sebab berpuasa menyebabkan penyakit pesakit menjadi lambat sembuh. Jikalau puasa mengganggu proses ke arah kesembuhan ataupun keadaan boleh memudaratkan si pesakit, pesakit harus mengambil ubat mengikut jadual dan menggantikan puasa di bulan yang lain.

    Ada pesakit yang berpuasa dan menerima rawatan suntikan di mana ubat boleh diambil di waktu malam. Dalam hal ini suntikan ubat tidak membatalkan puasa. Bahkan pesakit boleh terus berpuasa walaupun dia dimasukkan air sodium chloride atau darah di hospital atas sebab-sebab kesihatan. Memasukkan bahan-bahan berkenaan berbeza dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang sudah tersedia.

    Berkaitan dengan isu ini ialah rawatan penyakit mata seperti konjunktivitis. Terdapat di dalam rawatan moden dan homeopati di mana ubat diberi dengan cara menitiskan airnya ke dalam mata. Sekiranya rawatan ini dilakukan, jelas sekali ia membatalkan puasa kerana ia melibatkan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.

    Bagi mereka yang mengidap penyakit-penyakit serius, keadaan yang menyebabkan mereka tidak boleh berpuasa mungkin disebabkan mereka terpaksa mengambil ubat-ubatan di dalam waktunya (termasuk sebelah siang) atau kemudaratan yang mungkin timbul kerana keadaan tubuh yang lemah atau berpenyakit. Bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan sama ada mereka harus berpuasa atau tidak, perlulah si pesakit itu mendapat pandangan doktor dan ahli agama.

    Di antara penyakit-penyakit serius mungkin termasuk pesakit jantung, pengidap AIDS, kanser, kencing manis, buah pinggang, epilepsi, asma, gastrik yang teruk, pendarahan dan lain-lain lagi. Komplikasi mungkin berlaku sekiranya mereka berpuasa berterusan selama sebulan. Umumnya mereka diberi keringanan meninggalkan puasa dengan menggantikannya pada bulan yang, melainkan mereka yang tidak boleh berpuasa langsung.

    Kemungkinan memperoleh rawatan alternatif yang membolehkan seseorang itu berpuasa juga harus ditimbang sekiranya rawatan itu dapat membantu dan dapat memperbaiki keadaan kesihatan. Agama Islam tidak pernah membezakan di antara apa jua sistem rawatan yang wujud hari ini selagi ianya berkesan, tidak menyalahi akidah dan boleh membantu pesakit menjalani urusan harian atau beribadat. Kepercayaan bahawa setiap cabang ilmu itu datangnya daripada Allah subhanahu wa ta’ala adalah penting dalam memahami prinsip toleransi dalam memilih kaedah rawatan yang sesuai.

    Seperkara lagi ialah berkaitan dengan prosedur diagnosis. Di dalam amalan perubatan moden terdapat bentuk-bentuk diagnosis yang mungkin membatalkan puasa. Sementara sebahagian daripada diagnosis itu pula boleh diatur terlebih awal. Di dalam hal ini, pesakit boleh merancang tarikh dan waktu diagnosis dengan doktor sekiranya kaedah diagnosis itu boleh membatalkan puasa.

    Sebagai contoh ujian gastroskopi (gastroscopy), sigmoidoskopi (sigmoido-scopy) atau kolonoskopi (colonoscopy) adalah di antara kaedah diagnosis yang boleh membatalkan puasa. Sekiranya keadaan penyakit tidak mendesak, diagnosis boleh ditangguhkan atau dilakukan selepas bulan Ramadhan. Tetapi bagi kes-kes yang serius dan memerlukan tindakan segera, pesakit tidak harus menangguhkan temujanji yang telah dibuat. Puasa perlulah diganti pada hari yang lain.

    Oleh kerana puasa merupakan suatu ibadat yang dijalankan untuk suatu jangka masa yang panjang, bukan sahaja persediaan rohani dan mental pesakit perlu kuat. Keadaan fizikalnya juga mesti kuat dan berdaya tahan. Kita selalu sebut bahawa salah satu implikasi positif puasa ialah dari segi memberi kerehatan yang cukup kepada sistem pencernaan. Demikian juga kepada anggota lain yang berhubungan secara tidak langsung. Ini ada benarnya.

    Namun tanpa penjagaan kesihatan yang sempurna atau sikap mengambil berat terhadap pemakanan, seseorang boleh mengundang pelbagai penyakit di bulan puasa. Di antaranya ialah keracunan, cirit-birit dan taun. Ini berlaku kerana orang yang berpuasa memakan pelbagai jenis makanan dan membeli di gerai-gerai yang pemiliknya tidak peka tentang kebersihan. Lagi pun sebahagian daripada penjual di bulan puasa itu bukannya pernah menjadi peniaga melainkan di bulan puasa sahaja.

    Selepas berlalu puasa selama beberapa hari, kerapkali ada pula aduan lain. Ini biasanya timbul daripada mereka yang mengalami masalah sembelit. Sememangnya sembelit merupakan satu masalah kesihatan yang lumrah, khususnya di bulan puasa. Ini berlaku apabila seseorang itu kurang meminum air dan alpa untuk mengambil makanan yang mengandungi serat. Sebaliknya makanan yang manis-manis sahaja yang dikejar sebagai juadah berbuka puasa.

    Salah satu drama yang biasa menjadi buah mulut ialah serangan gastrik. Tetapi sebenarnya gastrik bukanlah sesuatu yang pelik. Oleh kerana pertukaran jadual makan, khususnya pada awal bulan puasa, memanglah ada orang yang perutnya sensitif akan merasa pedih bila tiba tengah hari. Kebanyakan individu menjadi biasa selepas beberapa hari. Bagi mereka yang tidak tahan dengan situasi berkenaan, terdapat beberapa kaedah untuk menghalang serangan sakit perut atau gastrik yang berkemungkinan besar diakibatkan oleh asid dalam perut. Di antaranya ialah dengan mengambil beberapa penawar homeopati dan biokimia tertentu.

    Penyakit-penyakit lain yang kerap ditemui di sepanjang bulan Ramadhan ialah tonsilitis, syanker mulut, sakit kerongkong, batuk, selsema dan lain-lain. Ia boleh menyerang dengan mudah di bulan puasa bagi individu yang tidak peka dengan amalan kebersihan, makanan seimbang dan kesihatan. Apa lagi bagi mereka yang sudah sedia ada penyakit yang dihidapi secara berterusan.

    Wanita yang hamil juga biasa mengalami masalah untuk meneruskan puasa. Masalah tersebut mungkin berkait dengan kesihatan diri ataupun bayi di dalam kandungan. Mereka yang mendapat alahan teruk ketika hamil seperti loya, muntah, sakit perut dan krem harus mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan. Bagi wanita hamil, Islam telahpun menetapkan kaedah-kaedah tertentu yang mengizinkan ibu-ibu meninggalkan puasa dan menggantikannya di kemudian hari.

    Bagi semua individu muslim, mustahak diingatkan bahawa setiap individu harus mengambil jumlah air minuman yang mencukupi di bulan puasa. Kurangkan amalan mengambil terlalu banyak minuman dan kuih-muih yang manis. Sebaliknya banyakkan meminum air suam atau air masak. Begitu juga, janganlah terlalu gelojoh dengan menyumbat sebanyak mungkin makanan sewaktu berbuka puasa.

    Adalah berfaedah sekiranya anda dapat mengurangkan pengambilan minuman berkafein dan merokok. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Buah-buahan seperti khurma, buah tin, prun dan limau amat baik dijadikan sajian berbuka puasa dan bersahur sebelum memakan nasi. Makanlah secukupnya di samping memberi ruang untuk kita bernafas dengan selesa.

    Bagi mereka yang merasa makanannya tidak membekalkan zat atau vitamin yang mencukupi, ada baiknya mengambil pil-pil tertentu seperti tablet vitamin B2, vitamin C dan multivitamin ataupun multimineral. Beberapa panduan lengkap berkaitan pemakanan boleh dirujuk kepada pakar pemakanan dan kesihatan maupun hospital.

    Sumber :
    HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

    Tips Pemakanan Pada Bulan Puasa

    Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

    Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

    Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

    Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

    (i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
    (ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
    (iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
    (iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
    (v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
    (vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.


    WAKTU SAHUR - elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

    Cara berpuasa yang tidak berkesan:
    (i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
    (ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
    (iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
    (iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
    (v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
    (vi) Tidur selepas kenyang makan

    Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
    (i) Kopi dan teh.
    (ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
    (iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
    (iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
    (v) Merokok

    Fasa-fasa puasa yang berjaya: Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu. Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

    Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
    (i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
    (ii) Makan kerap
    (iii) Kuih-muih yang payah dihadam
    (iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

    Manfaat puasa yang berkekalan:
    (i) Kurang makan kerana perut dah kecut
    (ii) Kesihatan bertambah baik

    Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”

    Sumber :raiedzall.net

    Tips Bulan Puasa...

    selamat berpuasa buat semua...

    Kalau nak kurangkan dahaga dan lapar di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaallah kurang lapar dan dahaga.

    1. Mesti sahur.

    2. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.

    3. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.

    4. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.

    5. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagiii..sampailah 7 kali.

    Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas,seperti buruh kasar dan sebagainya....


    SEBENARNYA :-

    Surah Al Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

    Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak akan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selalin dari memberikan tenaga. cubalah dengan izin Allah swt.

    Wallahua'lam bissawaaab.

    Sumber : Pesima.net

    Thursday, January 3, 2008

    2 Tabiat Bawa Ke Neraka...

    Assalamu'alaikum wr wb ..

    Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

    "Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

    Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

    1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
    2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

    Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

    1. Banyak beristighfar
    2. Banyak bersedekah.

    Keterangan:
    Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

    Contoh 1
    Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

    Contoh 2
    Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
    Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

    Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
    maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
    (Terjemahan langsung dari Arab).

    [Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:

    "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

    Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

    Fadhilat beristighfar:

    a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
    target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

    b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

    c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

    1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
    dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

    Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
    meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

    2. Memberi salam.

    3. Memaniskan wajah.

    Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
    "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
    Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

    "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

    Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

    "SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

    Wallahua'lam Bissawaaab...

    TIGA BELAS AURAT WANITA

    1. Bulu kening
    - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

    2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
    - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

    3. Wangian
    - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang -
    Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

    4. Dada
    - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

    5. Gigi
    - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

    6. Muka dan leher
    - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

    7. Muka dan Tangan
    - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
    menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

    8. Tangan
    - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

    9. Mata
    - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

    Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

    10. Mulut (suara)
    - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

    Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

    11. Kemaluan
    - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

    Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

    Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

    12. Pakaian
    - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.

    Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

    Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
    berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

    13. Rambut
    - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Wallahua'lam Bissawaaab...

    ihsan dari...
    BIRO AGAMA & KEBAJIKAN
    KELAB REKREASI TOURISM MALAYSIA

    AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

    LELAKI
    Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
    Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

    BERATKAN?
    Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

    Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

    Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

    Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

    WANITA :
    Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
    Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
    Saksinya kurang berbanding lelaki.
    Menerima pusaka kurang dari lelaki.
    Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
    Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
    Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
    Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

    Pernahkah kita lihat sebaliknya??
    Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

    Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

    Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

    Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

    1. sembahyang 5 waktu
    2. puasa di bulan Ramadhan
    3. taat suaminya dan
    4. menjaga kehormatannya .

    Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

    MasyaALLAH... Sayangnya ALLAH pada wanita ....

    Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki

    Wallahua'lam Bissawaab...

    Doa melembutkan hati suami...

    Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:

    "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "

    Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.

    Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)


    Selain daripada itu amalkan doa ini:

    "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


    Doa Lembut Hati


    Assalammualaikum wbk.

    Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.

    Dengan izin moderator budiman. Berikut saya sisipkan doa melembutkan hati anak yang keras (degil), doa penyayang dan juga doa pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati.


    (1) Melembutkan hati anak yang degil dan keras

    Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

    surah Taa'haa




















    [1] Taa' Haa
    [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
    [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah
    [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
    [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy
    [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi



    surah Al-Hajj







    [21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka




    (2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang

    Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu














    (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)


    (3) Ayat pelembut hati untuk berjumpa orang yang kita hajati

    Hendaklah membaca surah At-Taubah ayat 128 & 129 semasa
    berjumpa atau bertentang mata





















    [128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
    menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman

    [129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar"

    Wallahua'lam Bissawaaab...

    Amalan Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri...

    (1) MEMBACA SURAT A-LI'IMRAN AYAT 31










    Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.


    (2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4









    Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku." (Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)


    (3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK,
    AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21

    Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."


    (4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI
    SESEORANG IAITU SURAH ASY-SYURA AYAT 19

    Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.


    (5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU
    MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA.

    Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada
    air minuman dan ketika membasuh beras. (Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal dari segi hukum Allah).

    (Dipetik dari Majalah NUR Julai 2003)

    Rahsia Mandi...

    KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

    Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

    Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


    Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


    Mengeluarkan racun:
    Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


    Mandian Air Sejuk
    Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


    Jangkitan kulit:
    Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


    Selesema dan sakit kepala:
    Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
    lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.


    Insomnia
    Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi penghidap lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.



    Tidak ada apa yg dpt tolong kita diakhirat nnti melainkan 3 perkara :

    1) Anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya

    2) Sedekah amal jariah

    3) Ilmu yg bermanfaat



    Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dgn amal mulia kita ini,

    InsyaAllah

    Untuk renungan kita bersama...

    Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI


    PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.


    Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?


    Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya,

    Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.

    Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa. Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.


    Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. Dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan... dan menyedihkan.


    Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.


    Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"


    Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?" "Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.


    Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.


    Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.


    Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.


    Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.


    Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.


    Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.


    Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.


    Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya.

    Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.


    Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik... plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam.

    Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.


    Sampai saja ke kuburnya, berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini.
    Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.


    Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang...


    Kami pun benamkan jenazah tadi, sendal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. Selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.


    Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin... bukan menuduh.


    PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang. Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.


    KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.


    KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.


    Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.

    Wallahua'lam Bissawaaab...